Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, December 18, 2012

Lelah

Penaluka Kersani

puisi: lelah
penaluka kersani
Temerloh Pahang.
18 december 2012
1.20 a.m

Aku dah penat
lelah dalam menahan tajur kesabaranku

ada sahaja yang tidak kena
seawal embun menangis ditepi kali
atau penghujung hari
tika mentari suram, masam
merajuk di penghujung senja
hatiku bergelora...

Aku dah penat
lelah melihat dalam diri
apa lagi boleh aku buat
untuk melihat pelangi indah
kekal berdiri dengan tujuh warna berseni
selepas hujan panas di tengah hari

maafkanku
aku dah penat...Lelah
dalam memancing waktu
mungkin ini yang terbaik buatku
sepi di penghujung rindu......

No comments:

Post a Comment