Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, December 18, 2012

SANGGUPKAH


SANGGUPKAH

Aku tersentak
adakah aku bermimpi
oh tidak, dicubit pipiku terasa
celahan dedaunan tingkap kuintai
aneh! Adakah ini ladang sawah milik kita
yang sama-sama kita semai

yang sama-sama kita siram baja
bebiji benih yang subur
kita angkat, kita genggam bersama

kita pernah berjanji, sepakati
ladang sawah ini kita bela
untuk pewaris kita
untuk anak bangsa
biar rendang
biar segar ranum buahnya
mereka tentu suka

kita mahu
mereka kenal ulam raja
mereka kenal ulam pegaga
mereka kenal kunyit serai
mereka kenal bunting padi
mereka kenal puyu keli
mereka kenal ubi keledek
mereka kenal semua itu
kerana itulah makanan santapan
kerana itulah kehidupan
itulah budaya

ingatlah
KFC pizza akan menggoda
anggur keju merayu
makanan kita dikata racun
makanan kita tidak bertamadun

sanggupkah
kita kehilangan semuanya
bila pizza keju jadi budaya
dulang kita karat semua
kita berputih mata.

YHI
Segamat Johor
18122012

No comments:

Post a Comment