Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, December 18, 2012

Cinta Maya

Ihsan Sivam Abdullah

~Cinta Maya~

Setiap malam di mimpiku kaumuncul,
Setiap kali itu kumerentasi batas menghampirimu,
Di kala itu kaumeresap di jiwaku,

Jari jemarimu mengesat air mataku,
Peluhkan eratmu membuang dukaku,

Sanubari jiwaku merentasi kalbu,

Walaupun di manapun kauberada,
Aku tetap menunggumu di alam maya,
Aku tetap berada bersamamu di alam maya

Walaupun apa juga masalahku di alam nyata,
Kutetap gembira di alam maya ,
Kerana kausentiasa bersamaku,

Walaupun ia hanya di alam maya,
Walaupun aku tak dapat milikimu,
Walaupun dirimu tidak sedar rintihanku,

Tapi......

Cintaku benar
Cintaku hidup,
Perasaanku benar,

Biarkan kubegini,
Biarkan kuhidup bersama cinta alam mayaku...
Biarkan kumasih senyum dalam duka....

~I.S.A.~

No comments:

Post a Comment