Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Thursday, July 18, 2013

SUMBU TAAT

SUMBU TAAT

Selembah kasih di rimba pasrah
mendewasakan benih cinta
ranum di ranting ijab
menetaskan kesyukuran
berpaut menggenggam realiti
menadah rahmat di tiang hakiki.

Sebutir bintang kejora
tersenyum di langit tawakkal
melenyapkan gerhana malam
meneduhkan kerisauan
yang bertandang meminta
selimut sutera menghalau dingin.

Angin malam semilir
membangkitkan kemilau cinta
yang tidak pernah terpadam
biarpun ditiup songsang ribut
tetap menyala dalam sumbu taat
memberikan cahaya cintanya
biarpun diri dimamah derita.

SZA KAM
Tapah. 16.7.13

No comments:

Post a Comment