Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, July 4, 2013

RAGAM BULAN PUASA

RAGAM BULAN PUASA

Bulan Ramadhan bulan mulia
cukup sebulan kita berpuasa
menahan lapar juga dahaga
juga perkara membatal puasa.

Pabila tiba bulan puasa
pasar ramadhan bagai pesta
pilihan anda juadah berbuka
pelbagai bentuk aneka rasa.

Kecil besar tua dan muda
berbagai alas an tidak berpuasa
makan pula tempat terbuka
pintu belakang berurus niaga.

Pencegah maksiat merata-rata
seluruh pelosok mereka ronda
siapa tertangkap akan didenda
itu baharu hukum dunia.

Bukankah niat kita berpuasa
mengekang nafsu mendidik hawa
ganjaran ibadah berganda-ganda
semoga kita lebih bertakwa.

Kaum hawa usah dikira
perancang utama dalam keluarga
resepi masakan dalam kepala
sekali sekala terlepas sahurnya

Apabila tiba musim berbuka
kanak-kanak paling gembira
kuih muih juadah semeja
makan banyak sampai tak daya

Solat terawih merata-rata
minggu pertama semangat bara
apabila tiba hampir raya
hadir solat seorang dua

Sepuluh terakhir bulan puasa
janji ganjaran seribu purnama
kita pula sudah terleka
terlalu sibuk persiapan raya

Baju kurung baju kebaya
ditempah khusus kain sutera
berhari raya nampak bergaya
tidak dapat muncung sedepa

Kasut pakaian gedung ternama
Gulatis Jakel sesak orangnya
Habib Jewel emas permata
suami pening geleng kepala.

yahyaisa
Segamat Johor
02072013

No comments:

Post a Comment