Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, July 16, 2013

PUISI KITA

PUISI KITA

Puisi kita, sentiasa segar,
berkembang mekar,
terkurung dalam sangkar
hanya kita yang menyelongkar
mencari makna di balik kata...
sedang mereka leka menjulang maju,
bersama hilangnya harga diri
maruah bangsa bagai tiada erti
malu mendabik dada,
akulah "Melayu" fasih berbahasa Melayu!

Puisi kita, sentiasa mekar
indah berwarna-warni,
puitis bahasa berselindung makna...
Namun,
mereka enggan menjulang bahasa
mereka memijak sesuka rasa
tanpa segan bersalah
pada maruah bangsa yang terhina...

Mereka berkata sesuka rasa,
terlindung di sebalik nama
terjual dek megah mendabik dada
"aku fasih bahasa antarabangsa!"
mereka malu, bahasaku bahasa kampung
harga diri lebih tinggi,
nada ucapan retorik semata,
"indahnya kata-kata"
yang tertinggal di atas kertas....

==getar rasa==
Liza Isma
13 Julai 2013/4 Ramadhan 1434H(Sabtu)_09:10pm

No comments:

Post a Comment