Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, July 4, 2013

PINTU ITU

PINTU ITU

Usah engkau ketuk pintu itu
kerana ianya akan sentiasa terbuka
walaupun engkau tidak ingin memasukkinya
pintu itu akan tetap memanggilmu
kerana pintu itu pintu panggilan
dan ianya sentiasa terbuka
dalam sedar…dalam leka
sama ada bersedia
atau alpa.

Usah engkau jauhi pintu itu
kerana ia akan sentiasa hampir padamu
pintu yang tidak pernah lupa mengundang
pada setiap yang bernyawa
dan bila ianya telah engkau masuki
lalu menjadi penghuninya
jalan keluarmu hanya satu
…imanmu akan dipertaruhkan
dan kiranya lekamu mengundang kesesatan
jalan keluarmu juga hanya satu
…bila kifarahmu datang menjemput.

Qalam Bertinta
Klang
03072013
1839pm

No comments:

Post a Comment