PANTUN DESA
Jika rajin menangkap lokan
boleh dimasak pelbagai rasa
biar lama telah kutinggalkan
kasihku tetap tertumpah di desa.
Pergi bercuti di Tanah Rata
Bekal diisi di dalam peti
biar berkelipan neon di kota
indah desaku sentiasa di hati.
Malam hari pasang pelita
duduk berbual bersama rakan
biarpun tinggi jawatanmu di kota
desamu sesekali jangan dilupakan.
Asyik melihat si dara menari
habis menari bertepuk tangan
biar di mana rezeki dicari
keluarga di desa dilupa jangan.
Qalam Bertinta
Klang
No comments:
Post a Comment