Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Thursday, July 18, 2013

GURINDAM SEHELAI SUTERA

GURINDAM SEHELAI SUTERA

Sehelai sutera biru
Terdampar di muara kelabu

Sehelai sutera jingga
Tersangkut di jiwa lara

Sehelai sutera cinta
Melayang ditiup pawana

Sehelai sutera melarat
Terpalit darah likat

Sehelai sutera rahmat
Terhampar di lantai nikmat

Sehelai sutera bertasbih
Penglipur jiwa yang sedih

Sehelai sutera sulaman permata
Indah busana idaman kaum hawa

SMK SERIAN
16 JULAI 2013

No comments:

Post a Comment