Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, July 7, 2013

DAUN.

DAUN.

Siapalah aku
ingin dibandingkan
dengan embun
sentiasa mendamaikan
ubun-ubun
yang kekeringan.

Siapalah aku
ingin dibandingkan
dengan mentari
sentiasa menghangatkan
tubuh-tubuh
yang kedinginan.

Kerana diriku
hanyalah sehelai daun
dititis embun
aku mekar. Disinar mentari
aku layu
di tangkai sepi.

Sazalee Sulaiman ... 07/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment