Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Thursday, July 4, 2013

BADAR KUBRA

BADAR KUBRA

Aku dalam ragu melangkah
sungai merah mengalir
hujanan peluru
tidak kenal mangsa
bayi menyusu terlepas riba
tua remuk dada

rakus bermaharajalela
takluk dunia
meja bulat sekadar alat
mereka nodai tanpa simpati
Palestin hilang bumi

dunia buta
penceroboh dibelai
Palestin berkecai
pejuang hak asasi ke mana
takut hilang kuasa
boneka
alat semata-mata

ingat kisah Badar
Ramadhan tiba
dalam haus dahaga
pertolongan Maha Esa
semangat memuncak
bukan untuk dipijak
Islam di puncak

yahyaisa
Segamat Johor
02072013

No comments:

Post a Comment