Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, December 18, 2012

Selamat malam...Omba wa...haiittt

Naura Auni

Selamat malam...Omba wa...haiittt

Terkejut beruk seketika...
terpandang jam di sisi komputer
jam sudah lewat masanya
begitu pantas masa berlalu
seakan baru sekejap menatap maya
rupanya sudah sampai waktunya

untuk menyulam mimpi indah.

Rutin harian
minum susu dan telan ubatnya
jemu jelak dimamah jua
andai dapat putar masa lalu
mahu kudengar nasihat bonda
menyesal sudah tiada guna
dahulu usahlah menjelma
buat sakit minda memikir semuanya.

Jika ini qada dan qadar
harungi dengan berbekal semangat
yang Kaupinjam
tiada daya tiada upaya
semua yang datang dari kehendak-Mu jua
Engkau jua yang memberi dan mengambilnya.

Segala kehidupanku...kuserah pada yang Esa.

Naura Auni
17 dis 2012
10:o8pm

No comments:

Post a Comment