Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, December 18, 2012

Puisi : Ratiban Parasit Berapi.



Puisi : Ratiban Parasit Berapi.

“Janganlah kita tersasar kira merasa tiada terkesamping peluru dek sanggahan lalang. Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampai pula landak yang ditendang! Jejak dapat gigih dihilangkan akan tetapi belang bagaimana mampu dihilang? Seandainya, sengaja bercekak pinggang, tinggallah rebana bertabuh di gelanggang. Tak tahu pipit, tak tahu enggang. Yang ra

pat kelak menjadi renggang!”

Masya-Allah!!!

Apakah yang kutersilau tadi?
Atau hanya sejalur kelibat mimpi?
Sedangkan kubelum terlena lagi?

Namun,
igauan ngeri apaan ini?
Lain dipapar lain wajah yang diandami?
Sedangkan busuknya menyentap naluri?

Lantas,
kenapa terjadi begini?
denai hina leka disusuri
yang diharap menyembah bumi
yang diserap meratah saudara sendiri
menyulam onar ratib berapi
hingga terlerai utuh tali temali
kukuh mengikat tangkai nurani
menggugat hening laman harmoni

Masih perlukah untaian bukti?
untuk ingatan ini disanggahi
sedang ekor tampak bertahi
jejak berdaki riak berlari
merentasi laman terpuji
merobek maruah diri
melarut tertib nilaian seni
menjadi basi tanpa berahi
waima apa jua wajah dihiasi
Dia tetap Maha Mengetahui!

Kapan,
dilabuhkan bahtera dengki?
dalam ratib menyemai sekam berapi
dalam ralit menjolok sarang semut api
dalam sulit menyala unggun lidah berapi
dalam sedap melontar nista tak bertampi

Justeru,
kapan lagi dikau menyedari?
pelaburan ini menzalimi diri
menutuh rasa dari di rahmati
meruntuh sasa dari diberkati
sedangkan selama ini dimuliai
bukan asbab senyuman mewangi
atau dek wajahmu laksana bidadari
tapi lantaran ketulusan ilmu dikongsi
anugerah kasih dari yang Maha Pemberi!

Subhanallah. Alhamdulillah. AllahuAkhbar. La haula wala quwwata illa billah.
Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua.
Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa!

Nukilan Rasa :
Din Kelate
3 Safar 1434 H
17 Disember, 2012 M
Hakcipta Terperlihara

No comments:

Post a Comment