Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, December 9, 2012

MESYUARAT TINGKAP

MESYUARAT TINGKAP

Mesyuarat tingkap nama diberi
pengasasnya P Ramlee
dalam cerita Do Re Mi

Jendela sudah dibuka
sidangpun bermula
tiada peneraju
tiada agenda tertentu

Anggotanya para suri
tidak perlu daftar diri
tidak menentu jumah sidangnya
boleh jadi satu, dua atau tiga
atas kelapangan semua
para ahli bebas bersuara
tiada perlembagaan mengawal acara

Yang rumit yang kusut dlerai bersama
daripada isu lampin bayi
hinggalah resipi terkini
menu untuk hidangan sang suami
meleret pula ke cerita sensasi
perihal jiran cuba diterokai

Selesai sudah segala urusan
selesai sudah segala tugasan
mohon dikongsi segala pendapat
bukan mengeji bukan mengumpat
niat yang ikhlas mendapat berkat

Ilham:

Muhamad Amin
SMK Serian
9 Disember 2012

No comments:

Post a Comment