Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, December 9, 2012

~ Cetusan Cinta, Kasih Dan Rindu Buat Dirimu Di Sana ~

~ Cetusan Cinta, Kasih Dan Rindu Buat Dirimu Di Sana ~

Gurindam jiwa terlukis
di wajah kerinduan
terpancar sinaran
cinta dan kasih, tika
dalam dakapan hangat

alunan ombak kasih
menderu deras, membisik
syahdu tulusnya rindu
yang kupendam, kusimpan
dalam geloranya cinta

masih kuingat dan kukenang
lambaian kasihmu di kelopak
teratai rindu, dan hingga kini
kujaga rapi cinta yang tersimpul
rantaian kalbu

renjisan cinta dalam uniknya
kerinduan, menghiasi hari-hariku
meronai warna kasih yang
terpahat di lubuk jiwa, tersergam
di penjuru percintaan terindah

gemersik tarian cinta terbias
dalam lembut gemalai rindu
aksara menggebu di dahan
perkasihan yang utuh biarpun
adakalanya dihembus duka

nurani cinta dalam keabadian
suci, gemilangnya di langit
kasih, puing kerinduan
menyapa asa, bertautnya
di taman mahligai

rembulan kejora pun turut
bersenandung dalam cinta
di bawah rimbunan kasih
yang mengulit seribu
kerinduan

pelangi kasih bertandukan
pelamin cahaya rindu, terpegun
dengan ukiran kasih, sanubari
bergelodak, paluan asmara
cinta sakti...

'Cetusan Cinta, Kasih Dan Rindu Buat Dirimu Di Sana'...cintaku tersimpul rapi di pangkuanmu...

09hb Disember 2012 Ahad
6.41pm
SNQ ♥

No comments:

Post a Comment