Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, December 17, 2012

~Kusedar diri~

Naura Auni

~Kusedar diri~

Resah bermukim melanda
Tari pincang tidak kena
Memaksa menolak seada
Seribu sesalan meraja
Tiada upaya menangkis tohmahan umpat cela
Kupujuk hati nestapa

Redha segala ketentuanNya
Siapalah diri di mata mereka
Cuma insan biasa
Tiada rupa tiada emas permata
Duduk tidak separa
Berdiri ada cacatnya
Masih dipandang harta dunia
Walau arus zaman masa
Sudah lama berlalu perginya
Turutkan saja kemahuan mereka
Biar puas nafsunya
Dapat mendakap intan permata
Segala hajat menjadi nyata
Usah ditoleh pada yang hina
Membawa diri...sedar kekurangan harta dunia
Itulah nasib diri yang menimpa
Sujud syukur pada yang Esa
Kerana masih ada hikmah disebaliknya
Sudah itu ketentuan dari Pencipta.

N auni@n
30042012

No comments:

Post a Comment