Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, December 17, 2012

~ Di Hujung Nyawa Kasihku Dan Rinduku ~

~ Di Hujung Nyawa Kasihku Dan Rinduku ~

Dibalut luka mencengkam
resah bertaut sayu, kerinduan
tiada yang mengendahkan, terbiar
sendiri tanpa belaian kasih yang aku
dambakan

cinta terlerai aku termanggu
dibelenggu rindu di pusaran

tiada noktah terakhir, terkapai
kelemasan dalam lautan sepi
yang meragut kasih

di kejauhan ini, rindu membisik
menggamit lembayung cinta
nan lalu, keliru dalam keterpaksaan
terlontar bagaikan tiada ertinya
dalam tinta berkasih

gugurnya sejambak kasih
terkulai layu tiada bermaya
cinta yang dipupuk indah
kini hanya dibayangi rindu
yang semakin hambar

gelora di hati meratap sendu
bergema esakan di dada
sebak kian menyesak nafas
membungkam paluan jiwa
yang kelam dan suram

di persada cinta yang tiada
penghujungnya, lakaran
coretan di dinding rindu
kian menghilang, terhapuskah
memori kasih yang disemai

mengapa dan kenapa aroma
kasih yang sekian lama bersemi
musnah dihembus salah sangka
tika dibuai asyiknya kesuma cinta
dalam belaian ombak rindu

di kamar kerinduan mengusik
sukma, relung asmara kasih
berseloka di pintu mahligai
cinta, terungkai pujaan jiwa
dalam kalbu

di hujung nyawa cinta ini,
akan kupertahankan titik kasih
diambang rindu, biarpun hati
tersayat duka, terhiris bagai
dihiris sembilu tajam...

'Di Hujung Nyawa Kasihku Dan Rinduku'...menadah gemersik cintamu...

17hb Dis 2012 Isnin
2.46am
SNQ ♥

No comments:

Post a Comment