Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, December 18, 2012

KUPERSADAKAN CINTA

Qalam Bertinta

KUPERSADAKAN CINTA

Andainya aku mampu persadakan cintamu
ke puncak yang paling tinggi
akan kupersadakannya di puncak larik pelangi
dan andai kumampu layarkan cintamu di lautan
pasti akan kulayarkannya ditujuh buah lautan.

Namun aku tahu
itu semua tidak mampu untuk kulakukan
cuma apa yang aku pasti
cintamu telah kupersadakan
di puncak tertinggi di hatiku
dan telah kulayarkan di lautan kasih sayangku
bersama tiupan lembut angin rinduku
kerna apa yang aku mahu
cintamu selalu dekat di hatiku
rapat di jiwaku
dan sentiasa bersamaku!... .

Qalam Bertinta
17122012
2347pm

No comments:

Post a Comment