Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, December 18, 2012

DERITANYA SUDAH SIRNA


DERITANYA SUDAH SIRNA

Datang si anak rusa
membawa khabar duka
sebak dihimpit cemas
kerana hamparan hijau tewas
hutan bata melata
masih tercari di mana floranya

Lari menagih suaka
anjing menyalak hiba
lenguh kaki memijak lara
lalu kaki tersandung luka
sesak nafasnya

Di sana cerita payah
denai pemburu lelah
leka menghambat fauna
rombongan perhilitan
kuasa ada di tangan
menanti pengadilan
ada sinar di wajah si anak rusa
syukur derita sirna!

Idea:
Muhamad Amin
SMK Serian

No comments:

Post a Comment