Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, December 25, 2012

KHALIFAH TERAKHIR

KHALIFAH TERAKHIR

Kapan-kapan kitalah khalifah terakhir itu,
Hilang diri juga sebagai khalifah yang berpergian,
Amat masih beruntung kitalah khalifah itu,
Lahir di dalam helaian jilid zaman berterusan,
Ibarat terjaga dari tidur berdengkur memburu restu,
Firman Allah di dalam kitab agung kitalah khalifah berwawasan,
Amanah diri seperti selalu memukau maju bersuku-suku,
Hujung hayat bergaris penamat ditinta takdir akhiran.

Tempatkan diri di mayapada ini,
Ertinya kita tetap khalifah di atas kehendakNya,
Ragam hidup aktiviti yang malar pasti,
Ada bertebaran merata di mana-mana,
Khalifah itu adalah kita sendiri,
Hadir di dalam kewujudan cekrawala,
Indah bernyawa jalan berpergian silih-berganti,
Realitinya kitalah khalifah yang terakhir di mayapada.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Kg.Pakalangan,Semporna,Sabah.
241212.

No comments:

Post a Comment