Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, December 25, 2012

APA KHABAR SARAWAK

APA KHABAR SARAWAK

Apa khabar di sana?
aku hanya mengembara sektika
rupanya, sungguh gah namamu
seluruh negara mengenalimu
aneka cerita yang kuberitahu
agar hati mereka lebih terbuka
demi mengelak sebarang prsasngka

Kisah tentang SCORE yang semakin perkasa
Penjana ekonomi negara
perlu jentera berat berkuasa tinggi
tenaga mahir berteraskan teknologi ICT
semua angguk kepala
serupa Wilayah Iskandar, kata mereka

Bercerita hal Kampung Budaya
warisan etnik perlu dipelihara
amalan hidup warga tempatan
semua dipapar dalam satu bumbung
ramai menyimpan cita untuk berkunjung

Kugambarkan pula ehwal terkini
Interaksi rakyat penuh harmoni
hidup penuh bertoleransi
hasil mahsul dikongsi bersama
menyahut slogan 1 Malaysia

Seorang warga emas spontan bertanya
“Anak ni bila datang ke Malaysia?
teramat jauh jaraknya
perlu naik kapal udara”
bayu yag dingin lalu hangat menyala
nafasku sesak menjadi lelah
fikiran buntu dan resah

Amat terkilan rasa di hati
masih ada yang kurang mengerti
tanggapan mereka, bumi Sarawak masih menyendiri
warga Sarawak yang tercinta
khabarkanlah kepada mereka
cerita yang benar dan nyata
peranan ini terpikul di bahu semua
wawasan 2020 menjelang tiba

Ilham:
Muhamad Amin bin Bacho
24 Disember 2012

No comments:

Post a Comment