KELIRU BUNTU
Keliru
dalam lingkaran barah
parah
mampukah kulari menghindari
demi kepentingan peribadi
bukan atas nama prinsip progeni
bendang ini warisan moyang
amanah yang kupegang
pusaka pada nama
mampukah bertahan
tabah menjunjung warisan
atau
kujual maruah kerana laba
kerana nama
sedang
aku bukan petani budaya
aku bukan nelayan warisan berkesan
aku bukan jurutera bahasa yang bijaksana
aku penghianat bahasa atas nama kerjaya
buntu
warisanku celaru
bahasaku dilacur rancu
minda akalku dibelenggu
ahhhhh
peduli apa
aku siapa untuk menghalangnya
biar airmata darah kusebak menangis
aku tetap pengemis
dipandang sinis
YHI
Segamat Johor
11122012
demi kepentingan peribadi
bukan atas nama prinsip progeni
bendang ini warisan moyang
amanah yang kupegang
pusaka pada nama
mampukah bertahan
tabah menjunjung warisan
atau
kujual maruah kerana laba
kerana nama
sedang
aku bukan petani budaya
aku bukan nelayan warisan berkesan
aku bukan jurutera bahasa yang bijaksana
aku penghianat bahasa atas nama kerjaya
buntu
warisanku celaru
bahasaku dilacur rancu
minda akalku dibelenggu
ahhhhh
peduli apa
aku siapa untuk menghalangnya
biar airmata darah kusebak menangis
aku tetap pengemis
dipandang sinis
YHI
Segamat Johor
11122012
No comments:
Post a Comment