CORETAN RINDU BUAT SANG PERANTAU
CORETAN RINDU BUAT SANG PERANTAU
Arca rindu membiru
bertakhta di lubuk kalbu
kasih ibu bapa dan adik-adik bersatu
bertapak kukuh lalu berpadu
Tiga musim lamanya
alam maya wadah pengubat hiba
menitip bicara wara
membaca coretan-coretan
menatap wajah kesayangan
abadi dalam album kenangan
Gagah meredah padang kontang
menghuni rumah konkrit di dataran gersang
sesekali salji putih mesra bertandang
berteduh di jajaran pokok-pokok palma
buah-buahan istimewa santapan para anbia
mesra kaukutip biji-biji tin, zaitun dan kurma
roti dan kebab menu utama
Laut ilmu gigih kauterokai
mentafsir keagungan wahyu Ilahi
menganalisis amalan hadis nabi
melakar garis-garis khat murni
bakal menggapai gulungan transkripsi
sebagai manifestasi khazanah bakal kauperolehi
Insya’Allah hasratmu akan tercapai nanti
Ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian
10 Disember 2012
No comments:
Post a Comment