Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, December 10, 2012

~ Cahaya Cinta ~

‎~ Cahaya Cinta ~

Beri daku segugus cahaya
menemani jiwaku yang gelita
agar bisa pedih di lubuk hati
terubat oleh putaran masa

entah mengapa bisikan kalbu
meruntun hati berlagu pilu
secarik luka merajut rasa
pedih terhiris merantai sukma

mengharap sinar bintang
apakah akan sentiasa mengiringi malam
sedang hatiku yang rawan
berperang dengan perasaan

kerana cinta membuatku luka
kerana percaya pengakhirannya hampa
kusut akalku menduga
penyelesaiannya entah di mana

meniti hari dalam kepasrahan
padaMu, Ilahi kupohonkan petunjuk arah
permudahkanlah segala kesulitan
agar gelora badai di hati
akan tenang kembali
dalam dakapan kasihMu Ya Rabbi

~ Tinta Pena ~ Alamanda Desa ~
~ 101212 ~ 1.30 am ~

No comments:

Post a Comment