Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, December 13, 2012

Buanglah kasih dan sayangku di telaga yang beku

Buanglah kasih dan sayangku di telaga yang beku.

Kerana kasih
aku terlupa diriku
kerana kasih

aku terleka akan perasaanku
kerana kasih jugalah
aku terbuai dengan kerinduanku
dan kerana kasih
aku terlalu mengikut perasaan hatiku
bila aku mendapat khabaran
tentang kepergian dirimu
menemui Tuhan yang Satu.

Ya!
Kerana kasih
aku terlupa aku hanyalah insan biasa
seorang insan yang tidak dapat menerima kenyataan
ketika itu
yang aku telah kehilanganmu
sehingga aku turut bersama-sama dengan insan-insan lainnya
mengucapkan takziah ke atas dirimu.

Dan kini
engkau menjelma kembali
dan menuduh aku sama seperti yang lain-lainnya
membuat engkau terluka
dengan ucapan takziah yang berduyun diterimamu
sedangkan engkau masih lagi bernyawa.

Maafkan aku
seandainya engkau kecewa dengan diriku
bila engkau berkata
sebegitu
tentang kasih dan sayangku
sehingga aku dibutakan
dengan perkhabaran berita
yang benar-benar mengejutkan aku
dahulu.

Cuma satu pinta dariku
ingatlah!
Bahawa aku juga hanyalah insan biasa
sama sahaja seperti insan-insan yang lainnya
seorang insan
dan juga seorang abang
yang bisa terkejut
dengan berita yang dibingkiskan kepadaku
berita tentang pemergianmu
dahulu
berita tentang kematian adik
kesayanganku.

Maafkanlah aku
dan kasih sayangku
jauhilah engkau dari diriku
seandai itu mahunya kamu
kerana jantungku
tak akan dapat menerima lagi
perkhabaran serupa
seperti dahulu
bila benar pemergianmu
benar-benar berlaku.

Buangkanlah kasih sayangku itu
di dalam telaga kontang yang membeku.

No comments:

Post a Comment