Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, December 13, 2012

BANGSA BERJAYA

BANGSA BERJAYA

Bangsa berjaya
bangsa dinamik dan pragmatik
bangsa yang produktif lagi inovatif
bangsa berkesanggupan untuk berubah, tidak statik
bangsa yang sanggup berhijrah dan amanah
bangsa bersemangat, tidak goyah lemah
bangsa yang belajar dari sejarah

bangsa maju
bangsa cerdik dan berilmu
kepakaran digembleng setiap penjuru
penyelidikan, kajian berterusan jangan ketinggalan
inovasi dan kreativiti dalam teknologi
mengatasi kualiti terkini globalisasi
bersaing dan berintegriti

ubahlah nasib bangsamu
kejayaanmu apa yang kamu usahakan
jadikan kerja keras sebagai asas penanda aras
berpandangan luas lagi bernas
jangan culas dan malas

rajin, berdisiplin jadikan amalan rutin
bekerjasama, berterusan bagai lebah menghimpun madu
menyumbang khasiat kepada bangsamu

berlaku jujurlah pada dirimu
pada bangsamu
pada amanah yang digalas

tindakan afirmatif
telah menunjukkan kejayaan dan keberkesanan
tongkat semantara dalam bidang niaga
bukan untuk selama-lamanya

kita bukan bangsa subsidi
kita tidak perlu tongkat untuk berdiri
kita mampu berdikari jika ada keyakinan diri
kita bukan pengemis yang menadah
kita bangsa berwawasan

YHI
Segamat Johor
1312012

No comments:

Post a Comment