Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, July 14, 2013

ROH RAMADAN.

ROH RAMADAN.

Ubun menyerap. Bayu
menyentuh. Puput lembut sapa
bahang penuh rongga.

Belaian tawaduk. Di jiwa mengalir
nawaitu. Nafsu terbelenggu.
Syukur dipanjat.

Panjang bukan sehasta, Lebar
bukan sedepa. Yang Esa pemberi
kasih. Kalam-Nya, rahmat.

Fatihah tak lekang. Sehari
semalam sujud. Sebulan hadirnya
di kelopak.

Roh pulang. Amalan dibawa. Berat
atau ringan hisabnya.

Sazalee Sulaiman ... 08/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment