Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, July 14, 2013

RAHMAT RAMADAN.

RAHMAT RAMADAN.

Langsir kelam telah dibuka
nur Ilahi menerawang di jiwa
bersinar di hati terleka
bersilau di mata yang lena.

Jendela rahmat menggamit manja
memanggil insan kembali bertaqwa
menanti teguk tekak dahaga
berlimpahan arak telaga syurga.

Turun rahmat-Nya bak emping bersalji
lekat di ubun - basah di hati.

Sazalee Sulaiman ... 08/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment