Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, July 5, 2013

HUJAN

HUJAN
Gerimis pagi menimpa celah-celah batu
rintik-rintik jernih mengalir lesu
menghilir sebak di muara sendu
berhimpun lalu menyerap pasir pilu
sebahagiannya memutih lalu membusa
terdampar di tepian pantai luka
memecah disambar badai lara
disambut ombak nestapa

Di hulu sana semakin parah
titis-titis semakin menebal dan gundah
sungai menggeliat air ganas melimpah
tebing meratap mengaduh lelah
terkial-kial menendang menerjah

Angin dingin mengusap dada penuh ramah
mengalir peluh membasahi tubuh gelisah
sebahagian kita mengeluh kesah
kerana agenda tertunda resah

Ada juga yang bercanda keriangan
berenang berhibur di kolam kehidupan
melebarkan siripnya di kali idaman
galak berlompatan di lopak impian

Langit mengerang dibedil dentuman sakti
siraman mencurah dari takungan suci
adalah suatu rahmat kurnia Yang Maha Kuasa
kita menerimanya dengan penuh pasrah dan redha
tanpa ritual yang boleh menduakan keesaan-Nya

SMK Serian
4 Julai 2013

No comments:

Post a Comment