Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, July 14, 2013

HADIRMU RAMADAN

Deburan kasih cintamu
hadir di perdu purnama rahmat
membadai kesedaran
melambung ketakwaan
tika zikrullah dimunajatkan
desah suara takbir
memanjat dinding insaf
menjulang awan taubat.

Perahu sabar teroleng-oleng
membelah gelora yang lapar
membenamkan sauh angkuh
buih-buih dosa terbiar kering
mengeruping terlantar dipanah mentari
ombak taubat menelan serpihan dosa
memukul diri di pantai Ramadan
memecahkan butir angkuh
menjadi mutiara sejati
buat bekalan
di hujung perjalanan.

SZA KAM
Tapah, Perak. 9.7.13

No comments:

Post a Comment