Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, July 14, 2013

CINTA MUKABUKU

CINTA MUKABUKU

Engkau telah jatuh cinta pada dia
dia yang hanya kaukenali di alam maya
hanya nama manja kononnya
dengan wajah menggoda entah milik siapa

berjanji setia kekal bahagia
bertahun menyulam rasa tanpa bersua
sampai bila....mana arahnya?

fikirlah semula
kenapa dia enggan berjumpa
kenapa sering mengelak menonjol rupa
mesti ada rahsia
mungkin dia ada yang punya
ada tanggungjawab dalam hidupnya
sekadar bermain cinta
berjanji sumpah setia
tapi tiada makna

...hentikan cinta muka buku engkau dan dia

~danhayati~
090713 12:00pm

No comments:

Post a Comment