Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, December 7, 2012

YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT

YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT

Bahasa haiwan mudah difahami
bahasa manusia sukar dimengerti
bahasa haiwan hanya selapis
bahasa manusia berlapis-lapis

Berkokok ayam jantan siang menjelma
berketuk ayam betina telur melata
mengiau kucing laparnya tentu
menguak lembu di kandang diperah susu
mengembek sang kambing di kandang
tanda musuh d atang bertandang

Bahasa manusia penuh pepata- petitih
senyum di luar di dalam merintih
hajat mendirikan rumah tangga
dikatanya mahu menyunting bunga
bunga mekar berkembang
layu diragut sang kumbang

Bahasa berlapik ada kalanya berguna
ragam manusia pelbagai rupa
ada yang suka berburuk sangka
demi mengelak sebarang sengketa
rukun damai hidup sekata

Bahasa haiwan hanya tersurat
Bahasa manusia banyak tersirat

Ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian

7 Disember 2012

No comments:

Post a Comment