Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, December 6, 2012

ULANG TAHUN PERKAHWINAN

ULANG TAHUN PERKAHWINAN

untuk yang tersayang ulang kenang,
liburan tahun perkahwinan,
anugerah ini senentiasa seiring,
nyamankan lidah tergigit kepanasan,
gemilang merunduk gemalai sayang.

telah sempurna melayari selirat masa,
anjak menyapa hari-hari yang diburunya,
hebahkan warta panorama,
ulang tahun laman taman tema,
nafas dihela merai temasya bunga cinta.

perkahwinan itu sungguh indah,
epik mewajarkan kita menghimbaunya,
rangkul senyuman selain madah berhelah,
kekuatan sebuah sayang bertata intan mutiara,
himpun-himpun aroma di wajah,
alam perkahwinan hidang sajikan manja,
walaupun kekadang meriak menyampah,
ibarat mengutip pesona bunga-bunga,
namun tiadalah ia menimbulkan resah parah,
antun di atas meja rasa budi bahasa,
nyaman ulang tahun perkahwinan semfoni nan indah.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu.
Mersing,Johor.
061212@1108hrs(Khamis).

No comments:

Post a Comment