Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, December 24, 2012

SELAMAT TINGGAL SAYANG

SELAMAT TINGGAL SAYANG

Pertemuan yang mengasyikkan
perpisahan yang pasti menyayat hati
kucuba genggam tangan usiamu
tidak mampu kulepas pergi
kita pernah bersama
punya kenangan suka duka
pahit manis bersama
rebah bangun daku
dalam dakapanmu
aku pasti rindu

kaucukup yakin dan pasti
tidak akan kembali lagi
itu katamu, aku tahu
kita tahu, tidak mungkin
akan bersama lagi

nafasmu kian lemah
tetapi hatimu tabah
kaupasrah

kaukatakan
bersama dia teman baruku
aku akan lebih selesa
aku akan lebih bahagia,
kerana
dia lebih muda,
akan setia keakhir hayatnya
kasihilah dia
sayangilah dia
penuhilah ruang waktu untuknya
agar aku tidak sunyi dan merinduimu

sayangku, mampukah aku
sedang hatiku masih setia denganmu
aku masih memerlukan belaian kasihmu
biar kudakap ruang ini,
kusimpul di hati
hingga abadi

sayang,
berilah aku ruang waktu
walau seminggu
untuk merasa hangat dakapanmu
untuk membelai dan mengusap ubun-ubunmu
pandanglah mata sayuku
rasalah denyut jantungku
dengarlah bisikan hati nuraniku
yang pernah kaumiliki sekian waktu

selamat tinggal sayang
selamat tinggal kenangan
teruskan perjuangan
binalah impian
berteman 2013
tahun baharu.

YHI
Segamat Johor
24122012

No comments:

Post a Comment