Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, December 23, 2012

SELAMAT PAGI DUNIA, SELAMAT PAGI SEMUANYA

SELAMAT PAGI DUNIA, SELAMAT PAGI SEMUANYA

Pagi yang mula menyelak tabirnya
warna-warna jingga pun masih malu
sembunyi di sudut awan
angin dingin pun menyapa lembut
selembut elusan kasih bonda
segar dan mendamaikan.

Bangunlah teman
tinggalkan ranjang peraduanmu
rezekimu sedang menanti di luar sana
menunggu untuk kaumembuka pintunya
seluas yang kaumahu
dan ambillah kerana itu hakmu
hak yang dianugerahkan oleh Penciptamu
atas syukurmu yang tidak pernah tuntas.

Ayuh teman
bangun dan bertekadlah
untuk menjadi yang lebih baik
dari hari-hari sebelumnya
agar setiap detik hidup yang kaulalui
akan memberi lebih makna
bukan sahaja di dunia ini
malah di sana nanti.

Selamt pagi dunia
selamat pagi semuanya.

Qalam Bertinta
23122012
0803am

No comments:

Post a Comment