tajuk:sampah
karya:penaluka kersani temerloh pahang
sampah itu busuk
meloyakan di tepi longkang
hitam, berlendir, pekat dan likat
menusuk ke hati
mengotorkan tangan mengotorkan hati
pabila ia tidak dibalut dipeluk dengan emas sekati
pabila ia tidak dituai benang sutera
ia tidak nampak punyai harga
sampah itu kotor baunya melekat membasuh diri
kita menganyam menjadi suci
dalam tinta tidak bertepi
sampah itu busuk
bila ia dengan senang-senang menereluh ruang hati
menekap di dada membuang isi jantung
nadi-nadi yang terikat putus
terpercik darah ke muka
muka sendiri
kerana apa?
kerana ia sampah punyai aroma sendiri
hitam, berlendir, pekat dan likat
menusuk ke hati
mengotorkan tangan mengotorkan hati
pabila ia tidak dibalut dipeluk dengan emas sekati
pabila ia tidak dituai benang sutera
ia tidak nampak punyai harga
sampah itu kotor baunya melekat membasuh diri
kita menganyam menjadi suci
dalam tinta tidak bertepi
sampah itu busuk
bila ia dengan senang-senang menereluh ruang hati
menekap di dada membuang isi jantung
nadi-nadi yang terikat putus
terpercik darah ke muka
muka sendiri
kerana apa?
kerana ia sampah punyai aroma sendiri
No comments:
Post a Comment