SAAT KEHIDUPAN MELABUH TIRAINYA
Senja ini
saat kehidupan melabuh tirainya
lorong-lorong gelap akan kulalui walau tidak suka
dalam perjalanan berliku tanpa teman dan rakan taulan
isteri jelita tidak akan bersama, kesetiaannya cuma semantara
anak-anak, mereka akan berebut menfaraidkan harta
pingat, pangkat dan darjah kebesaran ditinggalkan
untuk apa kukejar semuanya
yang bakal ditinggalkan dan tidak mampu jadi jaminan
kereta mewah, aku diusung tanpa roda
banglo, sekadar lorong sempit dan dingin
pakaian berjenama, kain kapan sahaja
tanah ladang, cuma muat keranda
makanan enak, aku dimamah cacing dan ular bisa
kayu golf, wajah ngeri malaikat bertanya
cantik lawa, tidak mampu menggoda yang bertanya
aku keliru
antara harapan dan impian
antara nafsu hawa menggoda
antara ingkar dan takwa
antara dosa dan pahala
insaf
sudah terlambat
kehidupanku berlumuran maksiat dan dosa
YHI
Segamat Johor
06122102

No comments:
Post a Comment