RINDUKAN KEDAMAIAN
Tingginya kerinduan
memeluk kedamaian dan
kerukunan
kecewanya
pabila tenaga dan kekuatan
habis tercurah dalam sengketa dan
peperangan sesama sendiri
dendam, cemburu, irihati
menyelimuti diri
bangsaku
bangsa terbesar
pernah gah tersohor
di rantau ini
ketika
Islam tunjang paksi
dalam pembinaan ketamadunan
disiplin dan
tatacara hidup beragama
tatacara adat istiadat Melayu
jadi ikatan menyimpul perpaduan
jadi ikutan anak warisan
luhur budi tinggi pekerti
indah santun dalam
bicara
tetapi
ke mana hilangnya
warna bangsa yang mulia
di persada
bagai jasad tanpa nyawa
hilang santun hilang bahasa
tanpa susila
melondeh aib sebangsa seagama
adakah kerana demokrasi
hilang budi pekerti
hilang harga diri
kita jual agama
kita kehilangan
pertimbangan
YHI
Segamat Johor
26122012
No comments:
Post a Comment