Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, December 7, 2012

RESAHMU, RESAHKU…CEMBURU KITA

RESAHMU, RESAHKU…CEMBURU KITA

Jika ragumu mula mengundang resah
keliru pastinya akan tersenyum menyapa
menyampaikan persoalan yang bercelaru
bungkam untukmu mencari jawapan
lalu andaian pun tercipta
dan retak-retak perpisahan mula berderak.

Cuba kautanya pada hatimu
apakah ini mahumu
mencipta gelora tika damai pun belum dirasa
ke mana halanya akan kaubawa
ke selatan, barat, timur atau utara
atau sekadar menyusur denai-denai kecewa
sebelum terhumban ke tasik duka.

Kini aku hanya menanti
agar resahmu terhapus
biar berapa lama pun akan kutunggu
kerana aku tahu
resahmu sekadar amukan cemburu
yang datang bila rindumu semakin menggebu.

Pun resahku
cemburuku juga!... .

Qalam Bertinta
07122012
2255pm.

No comments:

Post a Comment