Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, December 12, 2012

Puisi : Pabila Mata Berbicara.

Puisi : Pabila Mata Berbicara.

Dengan Nama Allah Maha Menemukan Maha Menentukan Maha Pencinta.

Aduhai sepasang mata

redup asyik berbicara
tajam menerjah rasa
petah minda menyapa
galak menoktah makna
gemalai membangkit rasa
menghalusi geram di dada
melarik madah bijaksana
seraut wajah berbunga
selaut rindu membara
merapat istana cinta

lirikkan mata empunya
kerasaan di alis mata
biasan kasih ditempa
kuyu redup bercanda
percikkan rindu sukma
gementar sejasad anggota
tiap kali malam tiba
tiada kehadiran lena
hadir istirehat sementara
meski mimpi indah dipinta
namun igauan terus menjelma

Wahai jiwa merdeka!
lincah menyemai redha
asa menyungguh usaha
sedia meredah kembara
gigih membanting usia
adil menimbang fakta
tulen semangat waja
berani merentas masa
akur ketidakpastian mega
kerna ketulenan cinta
perlukan ujian menduga

Oh ratu juwita!
lantas ke mana hala
dicantas perih cinta
di paras pedih kecewa
zahir terus menduga
teguh benteng jiwa
tekad yakin sentiasa
tabah pasrah segala
tebeng terkalis rasa
sabar bersauh redha
akhlak insan bertakwa

Oh rembulan purnama!
anggun pemanis muka
berjurus tertib sentiasa
tangkas menyuluh beda
tenang kemaruk rasa
menatap wajah manja
merenung dalam niatnya
bersusun madah bicara
bersimpul nawaitu tertera
menyambut secangkir cinta
menyarung persalinan diraja

duhai permaisuri kekanda
marilah bersimpuh di sisi beta
Insha'Allah kita kekal bersama
membina mahligai bahagia
di luar kekotak masa
jauh mata bersangka
tegas menjauhi noda
menyanggah fitnah dunia
mengolah gelora dosa
meredah lautan asmara
kini bahtera kasih siap bermuara
demi kerna-Nya dikau tulus kucinta
bersama kita sepakat berlayar bersama
istiqamah menelusuri tiap arus yang diredha
agar Sakinah Mawaddah Warahmah dilimpahi sentiasa.

Yaa Allah Yaa Wajid Yaa Muqtadir Yaa Wadud!

Nukilan :
Din Kelate
23 Muharram 1434H
8 Disember, 2012M
Hakcipta Terperlihara

No comments:

Post a Comment