Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, December 3, 2012

PUCUK

PUCUK

Pucuk-pucuk tumbuh bagai cendawan lepas hujan
dari renek rendah sampai tinggi melangit mencecah awan,
yang segar yang pudar dari palma pelusuk kota dan desa,
pelbagai warna dan rasa menggamit selera,
berdiri dengan aksi cuba menyapa mentari
mengharap peluang dan sinar limpahan harapan
diberi walau kudrat lesi
biar perit mentari menggigit kulit
hasrat niat tidak pudar walau sedikit
biar dedaun muda dimamah ratah buat ulam
juga turut mencelah

pucuk plutokrasi dengan dikri sendiri
lantang bicara turun naik gelombang ekonomi
berlandas statistik data sumber merata, dengan fakta audit saham bursa
persaingan hujah kompetatif, progresif dan aktif
dengan harapan menguasai arena

pucuk-pucuk di pantai berhempas pulas
dilambung ombak dan badai yang mengganas
menghakis benteng dan menjengah manja
membawa selut lumpur ke laut bebas
biar pantai bersih dari sisa-sisa noda
bersama ayam kampung mampu mengais sendiri
bukan dari ayam daging sentiasa mengendeng
sesuap makanan yang dijaga

pesanan sang Pertapa
jangan jadi enau dalam belukar
membawa diri untuk kepentingan peribadi
mensabotaj rumah sendiri dikenalpasti
bila peluang tidak diberi

YHI
Segamat Johor
03122012

No comments:

Post a Comment