Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, December 25, 2012

PERKAMPUNGAN TANPA TALI

PERKAMPUNGAN TANPA TALI

Perkampungan tanpa tali
ledakan teknologi, dunia hujung jari
maklumat terkini, mudah dicari
mudah kendali, perkongsian bestari
dari dalam dan luar negeri
pembangunan penyelidikan lestari
perkembangan pendidikan kemantapan ekonomi
pengurusan pentadbiran mudah kendali
jimat masa pengurusan diberi
mesra pelanggan tentu pasti
urusan rasmi urusan peribadi
tidak berbaris tidak menanti
khidmat diberi cekap sekali
wajah senyum ceria mewangi
perkhidmatan berkualiti
pelbagai segi

hubungan kekeluargaan turut berseri
boleh berhubung sepanjang hari
siang malam dinihari
tidak lagi hati sunyi
kemesraan terjalin penawar sepi
wajah tersayang berseri-seri

tapi awas berhati-hati
jangan sekali salah kendali
kemesraan terjalin berkecai nanti
porak poranda suami isteri
perasaan cemburu menguasai diri
jika disalut hasad dan dengki
hilang sayang timbul benci

sumber maklumat kenal pasti
perlu waspada kalau sangsi
setiap berita perlu teliti
tidak menyesal tidak rugi

muda mudi zaman ini
tua muda terangkum sekali
jerat maya petaka menanti
berita terpampang sana sini
kita perlu berhati-hati
tidak menyesal kemudian hari

YHI
Segamat Johor
2412102

No comments:

Post a Comment