Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, December 16, 2012

MUSIM WALIMATULURUS DATANG LAGI

MUSIM WALIMATULURUS DATANG LAGI

Musim walimatulurus datang lagi
undangan diterima di sana sini
bertaut dua kasih abadi
terbina masjid hakiki

Di desa berpesta rewang
seekor lembu tumbang
semangat jiran membanting tulang
teruna dara ringan tenaganya
melapah menyiat apa yang ada
ligat mengadun resipi warisan
menu utama para undangan
berkuah santan sambal tempe goreng
aroma daging masak serondeng
bersama telur rebus pindang
bungkusan berkat dibawa pulang

Balai kanopi megah berdiri
dengan iringan alunan tradisi
nyanyian ghazal menambah seri
tarian kuda kepang menggamat suasana
buat halwa mata dan telinga
sambil menjamu selera

Tiba saat gilang gemilang
pencak silat paluan kompang
itulah tanda pasangan bertandang
direnjis air mawar ditabur bunga rampai
tersenyum simpul kedua mempelai
manifestasi hidup rukun dan damai

Meriahnya majlis menerima menantu
dengan iringan doa restu
semoga bahagia ke anak cucu

Nukian:
Muhamad Amin
SMK Serian

16 Disember 2012

No comments:

Post a Comment