Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, December 16, 2012

Muhasabah diri.

Muhasabah diri.
oleh Sazalee Sulaiman
16hb Disember 2012 pukul 11.11 pagi ·

Minda kelas dua.

Minda kelas dua
sering memasung akal
membina sempadan
kononnya tak sama padan,

tak boleh dikritik
kononnya terlebih cerdik
orang menegur habis diherdik
dikatakan berfikiran cetek,

tidak mahu ditegah
kononnya tidak boleh mengalah
malunya tinggi menggalah
pada yang menegah
hanyalah berpendidikan menengah rendah,

tidak mahu diajar
sering bersikap kurang ajar
kononnya seorang yang terpelajar
walaupun karyanya menjalar
nahu dan tatabahasa sering dilanggar
ditendang kasar.

Sedar-sedarlah.

ss/spl/pm ... 15/12/2012.
_________________________

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu...kenapa saya letakkan karya semalam saya di permulaan nota ini?...mmm...itu adalah kerana masih ada yang kurang senang dengan kata-kata di dalamnya...berperasangka yang kononnya saya mengata dirinya atau lebih tepat diri mereka...ini saya katakan berdasarkan apa yang saya terima dalam peti pesanan saya subuh tadi...yang meminta dicerahkan apa maksud karya saya yang bertajukkan MINDA KE DUA...seolah menujukan kepada mereka yang sememangnya mengaku selalu melanggar tatabahasa...aduhai...berfikiranlah di luar kotak...dan jangan berfikiran seperti MINDA KE DUA yang saya nukilkan...siapa yang makan cili dialah yang pasti merasai kepedasannya...fikirkanlah!...adakah saya muat naik hanya di satu halaman sahaja?...tidakkah saya memuat naikkannya ke sumua halaman dan kumpulan yang saya anggotai?...maknanya ia adalah karya umum...saya tujukan kepada semua yang pernah melakukannya...pelik saya dengan sikap manusia ni...tak boleh nak buang sikap berperasangka yang buruk...bukannya nak ambil ikhtibar dan muhasabah diri...inilah yang dikatakan oleh Tun Mahathir Mohamad...'MELAYU MUDAH LUPA'...kenapa sebut melayu?...siapa melayu tu?...bukankah kita sendiri?...diri saya seorang melayu...memang saya mudah lupa.

Bak kata Hang Tuah...TAK MELAYU HILANG DI DUNIA...apa maksudnya?...kenapa melayu tak akan hilang di dunia?...ia kerana adat dan budayanya...seni melayu...dan kehalusan bahasa melayunya...kalau kita tak jaga pastinya akan hilang juga melayu di dunia...kalau kita menjadi perosak bahasa tanpa menggunakan tatabahasa yang betul...maka akan jadi rojaklah bahasa dan dipandang sepi seluruh dunia...ada ke kita temadun melayu?...tak ada pun...yang ada hanyalah temadun islam!...adakah lautan melayu?...tiada juga...yang ada lautan di seluruh dunia bernama laut arab, lautan china selatan dan yang lain-lainnya...ada tak telok bernama melayu?...tiada...yang ada telok parsi dan telok siam dan sebagainya...apa yang kita ada?...hanyalah bahasa melayu yang dipandang tinggi dunia...jadi harus menjadi tanggungjawab kita untuk menjaganya...aduhai!.

Saya mulanya tak terasa bila saya membaca dua karya teman yang dimuat naikkan ke halaman tersedia...tapi bila ada yang mengutarakan pertanyaan sebegitu dari halaman tersebut...barulah saya faham yang karya-karya tersebut ditujukan kepada saya...nah bacalah karyanya...cantik bukan...saya naikkan ke dua ibu jari saya dan saya ucapkan setinggi tahniah kepada mereka.

Karya pertama:

Lidah manusia kadang-kadang lebih tajam dari mata pedang
oleh itu jagailah lidah dan tutur kata kita
agar tidak melukai perasaan insan lain akibat dari tutur kata kita

pesanan untuk diriku
______________________

Karya ke dua:

rupanya masih ada

rupa-rupanya masih ada
tunggul dendam yang terbenam
peluru hitam yang menghunjam
hati legam kusam yang tertikam

rupa-rupanya masih ada
serigala yang merah matanya
dalam kawanan rusa yang susila
mencakar pabila tercabar
menggigit apabila sakit
menerkam apabila terancam
mengamuk ketika kecamuk

rupa-rupanya masih ada
api berbara dalam dada
nyalanya menghanguskan dada
hangitnya hingga ke minda
panasnya menjelir pada kata-kata

rupa-rupanya masih ada
manusia yang biasa
tak punya darah berbeza
ingin digelar raja
bongkaknya leluasa

rupa-rupanya harus kembali
sedari fitrah diri
tiada yang mampu sempurna
segalanya sama sahaja
insan ada lebih kurangnya

yang harus ada
yang harus dimiliki
santun sebagai insani
pekerti pada manusiawi
kerana dunia ini fana
berputaran sentiasa

rupa-rupanya masih ada
yang hanya pandai menilai
walau dari jiwa longlai
takbur tak terhurai

rupa-rupanya masih ada
kusam dan hitam
tengik kesumat dendam
_______________________

Cantikkan karya mereka?...yang tak mahu memikirkan apa maksud karya saya tersebut yang kononnya saya ini mengata mereka dan dibidas sesuka hati mereka...aduhai aduhai...tak cukup dengan karya mereka tapi sampai juga ke dalam peti simpanan saya menyatakan tidak puas hatinya mereka akan karya saya tersebut...aduhai.

Untuk pengetahuan semua...karya MINDA KELAS KE DUA saya itu adalah hasil pemerhatian saya akan karya mentor saya bapak Yassin Salleh...walaupun pena saya tak setajam bapak tapi saya cuba menggubahkan karya saya dengan cara saya...itulah cara saya dalam mempelajari bagaimana mahu berkarya...di sini saya sertakan karya bapak Yassin yang saya buat rujukan...betapa benarnya maksud karya bapak ini...memang melayu kita tidak mampu menerima teguran walaupun apa yang kita tegur itu satu kebenaran...aduhai...maaf bapak saya kongsikan di sini karya bapak yang indah bagi saya.

Baca dan fahamilah maksudnya.

Orang Melayu Tak Suka Kena Kata
– Versi Refreshed

Walaupun apa yang dikatakanitu benar
dan takde yang tidak benar
malahan sebenarnya
adalah benar-benar belaka
segala apa yang benar
yang dikatakan benar itu.
Tapi orang Melayu tak suka kena kata.

Lihatlah apa yang terjadi
kepada Abdulah Munshi
bila dia mengatakan betapa
di suatu tempat di suatu negeri
di suatu kampung orangnya pengotor.

Sampai sekarang Abdulah Munshi dibenci
oleh orang Melayu.
Makanya, jangan mengata orang Melayu
nanti awak kena benci,
sebab orang Melayu tak suka kena kata.

Jangan berani mengata kapitanMELAYU
tak pandai menakhodakan kapal,
nanti percuma bertubi-tubi
awak kena seranah dalam facebook,
sebab orang Melayu tak suka kena kata.

Orang Melayu paling suka kena puji.
Kalau muka dia buruk macam beruk
Puji jugalah katakan dia hensem
macam Tajul Muluk walaupun dia tu
bulat pendek dan gemuk.
Nanti dia rekomen awak dapat Datuk.
Kalau dia katak puru perut buncit,
katakanlah dia tu putera raja
yang kacak tampan macam Ghengis Khan.
Nanti dia belanja awak makan jamuan
yang tokeh dia bayar.

Jadi ingatlah pesanku ini
Kalau ada orang buat video porno,
pujilah dia pandai mengarah filem terbaik.
Katakanlah,
"Seronok tenguk. Hidup pipit aku.”

Jangan kata dia fitnah
nanti percuma satu Malaya awak kena seranah
kena sumpah kena bakar macam sampah.
Akibat memanggil dia bedebah.
Lantaran mengingatkan dia tu keturunan haram jadah.

Ingat tu pesan atuk
Jangan mengata
orang Melayu tak suka.
sebab orang Melayu tak suka kena kata.

Puji dan puji dan pujilah walaupun keji.
Nanti dapatlah awak duit beli gula beli bawang.
Aok senang koi senang sama-sama menang

Malam karang kita cari tokeh sorang
suruh dia sponsor siri drama swasta
kiita buat wayang
Lalang Ngoyang-ngoyang.

yassinsalleh0947 hrs.
Dis 15. 2012
La Cassa Pacifica D Yasleh
Copyright © 2012 yassinsalleh.
All Rights Reserved.
Dari: yassinsalleh.blogspot.com
Versi asal: 1500 hrs. Jan 6. 2012

Benarkan apa yang bapak katakan?

Saya teringat akan kata seorang yang bijaksana...kalau kita takut untuk mengeluarkan apa yang kita rasa dalam tulisan baik jangan kita mahu menjadi seorang penulis...karya yang baik adalah karya yang bisa mencetuskan sesuatu di hati pembacanya...dan saya anggap karya saya itu berjaya dalam memberi maksudnya kepada pembaca...walau saya tidak berbangga dengannya...kerana mencetuskan kebencian dan mata yang merah kepada pembacanya...tapi!...biarlah peduli apa saya...hak pembaca adalah membaca dan memberi rumusan sendiri...dan hak penulis adalah menulis apa yang dirasakan oleh hatinya dan memberi penerangan jika ada yang mahu meminta.

Saya tak berkecil hati dikritik tapi saya kecewa...kerana benar apa yang saya katakan...minda melayu kita memang MINDA KELAS KE DUA...tidak mahu memandang ke luar kotak...masih lagi di tampuk lama...jangan disalah erikan!...jangan pula kita menyatakan...baik melayu atau apa bangsa pun sama juga...tak akan suka bila dikritik...betul tu...siapa yang suka dikritik...tapi...saya cakap sebagai seorang melayu...diri saya ini melayu dan sebagai seorang melayu saya harus bermuhasabah diri selalu...itulah yang sebaik-baiknya seorang melayu islam seperti kita mampu lakukan...MUHASABAH DIRI...sebelum kita menuding jari ke pihak lainnya...kita sendiri yang tidak mahu berubah...suka dipuji tapi tak suka bila ditunjukkan kesilapannya walau apa yang dikatakan itu benar tiada yang benar melainkan yang benar belaka.

Mmmm...kalau salah dan silap apa yang saya katakan...maafkanlah saya...memang itu kelemahan saya...tapi beraninya saya dalam menulis adalah kerna asuhan minda melayu kita...

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH.

Sekian...Wabilahitaufik...wasalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu...terima kasih kerana sudi membaca luahan hati saya.

Terima kasih.

ss/spl/pm ... 16/12/2012.

No comments:

Post a Comment