MENCARI SINAR DALAM KELAM
Bendang hijau menguning kering, tiada kelibat kerbau membajak
tiada siulan mengusik dara, tiada kedengaran nyanyian riang
desa ini kian sepi, tinggal si tua meniti usia
Kota penuh sesak
dengan berlian yang bersinar
dengan permata yang berkilau
dengan longgokan sampah hanyut
hilang kawalan membusuk
hilang pedoman tersasar haluan
lendir hanyir berhamburan
Bukan salah asuhan
berselerat duri sebalik permaidani
buih hancing diteguk
mata kuyu badan lentuk
rebah menyerah, bedal meratah
Di kaki lima tepian tembok
longgokan doktor tiada tauliah
merebak bagai barah
bagai cendawan selepas hujan
pantang lalu tangan ditadah
buli-buli darah dipenuhi dadah
Mampukah menyuci bersih
lalat langau di longgokan sampah
tangan-tangan kotor bersalut najis
anai-anai menembus tembok
Bukan salah siapa
tangan ini yang meminta
mulut ini yang membisu
telinga ini yang pekak
mata ini yang buta
hati ini yang beku
Jebat datang menyuluh terang
mencari sinar dalam kelam
membela Tuah teraniaya
ditohmah petualang
penghianat bangsa.
YHI
Segamat Johor
26122012
No comments:
Post a Comment