Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, December 22, 2012

MEMANCING KEHIDUPUAN

MEMANCING KEHIDUPUAN

Buat kesekian kalinya
kulontar jauh di sana
namun tiada yang sudi
mereka seolah-olah mengerti
apa sahaja yang menghampiri
bukan semua jadi rezeki
bala jangan dicari

Kutukar umpan
pelbagai ramuan
berkocak air di tasik
joran lalu kutarik
tenggiri meronta lalu menjerit
tekak senangin jadi perit

Memancing insan
bukan dengan sebatang joran
bukan dengan cacing umpan
Dengan kepetahan menyusun kata-kata
merdunya suara gurindan seloka
taburan manik-manik janji
janji mesti ditunai di hamparan permaidani

Memancing integriti cemerlang
mengikis debu-debu jalang
menepis segala peluru petualang
poket kosong jangan dinganga
lempar sampul berlipat di bawah meja
berjabat tangan tandanya erat
awas, tangan jangan digenggam rapat

Sikap ikhlas dan niat suci
penampilan mulia dan murni
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

nukilan:
Muhamad Amin
SMK Serian

21 Disember 2012

No comments:

Post a Comment