Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, December 6, 2012

MATA

MATA

Dari kerana mata
anugerah berharga tiada tara
kita mengecapi nikmat dunia dengan panorama
pelbagai warna dan bentuk rupa
keindahan yang tercipta

Jagalah mata
dari noda dan dosa
mata menjeling keliling jangan juling
yang tulus yang mulus
mata menjilat rakus

Bila mata buta
yang terang nampak gelita
yang cantik nampak jelik
tiada nikmat dirasa

Tentang mata hati
kalau buta tidak bererti
kehidupan insan dalam kerugian
hati resah bercelaru gundah
panduan Illahi diketepi
pasti sesat jalan

Tentang mata air
tengok bunga boleh cair
perasaan cinta akan hadir
bagai orang kena sihir

Mata pencarian
satu keperluan dalam kehidupan
sumber rezeki perlu digali
beri makan anak bini
sumber halal jangan disangkal
dalam ikhtiar mesti cekal

Mata pena
hasil karya cipta
dari ilham dan rasa
lukisan hati dan jiwa
dengan kekata.

YHI
Segamat Johor
05122012

No comments:

Post a Comment