Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, December 8, 2012

LEPASKAN AKU KEMBALI II

LEPASKAN AKU KEMBALI II

Masih terngiang dalam ingatanku
beberapa tahun yang lalu
aku menikmati juadah di bawah pohon jambu
tiba-tiba cairan lekit melekat kakiku
aku terpaku diserkap kaku

Sangkar buluh teratakku kini
kakiku diikat rapi
sebak dan sendu
sesekali kedengaran suara ibu
menyeru namaku

Lepaskan aku kembali
terasa sunyi dan sepi
aku rindu kehijauan flora
aku rindu bersama mereka
berkicau merdu riang berseloka

Indahnya bersama mereka
terbang bebas di angkasa
bebaskanlah aku
di sana tempat lahirku

Ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian

8 Disember 2012

No comments:

Post a Comment