Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, December 16, 2012

LAKSAMANA PEMBUNUH

LAKSAMANA PEMBUNUH

aku boleh,
bunuh kau wahai tuah,
jika aku mahu membunuh,
tapi apalah ertinya kalau aku membunuh,
sedangkan aku tahu orang itu akan mati kalau aku bunuh,
dan aku tahu diriku tidak akan mati kalau dibunuh,
oleh pahlawan seperti kamu yang angkuh,
hati kamu membunuh,
mata kamu cahaya penyuluh,
jantung kamu berdegup meluruh merusuh,
tangan kamu lentoknya parah,
bahu kamu memikul janji sumpah,
nyawa kamu gadai maruah,
keris di pinggang kamu pacak di pintu rumah,
muntahkan darjat menjadi nanah,
jiwa kamu seperti hamba dan sampah,
kamu menakjubkan pandai bermandi darah,
kata-kata bermadah helah,
sebenarnya kamu adalah lakamana pembunuh.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu.
Segamat,Johor.
1512121@2301hrs(Sabtu).

No comments:

Post a Comment