Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, December 23, 2012

KITA DIJAJAH SEMULA

KITA DIJAJAH SEMULA

Ada resah pada gerobok jiwaku
nota-nota warisan kian celaru
helaian-helaian kian rancu
lusuh satu demi satu
ada pesta lipas dan anai-anai
jilid demi jilid terburai

Ada bingit pada cuping telingaku
irama lelah berkumandang lesu
melodinya lemas dan kaku
jadi kegilaan anak-anakku
langkahnya songsang
tarinya sumbang

Ada kuyu pada kelopak mataku
silau melihat anak-anakku
pakai ketat dan sekerat
tertonjol segala urat
rambutnya kuning cakapnya Melayu
sesiapa yang memandang jadi keliru

Ada kelu pada lidahku
bibir terkatup membisu
betapa harunya bangsaku
pertahankanlah identitimu
daripada jadi bahan senda
eloklah kalau kita jadi idola

Sebenarnya, inilah penjajahan baru
bukan dengan mortar dan peluru
kecanggihan teknologi maya
mengetik papan kekunci di riba
terpapar dakyah-dakyah goda
hanya kita perlu waspada

Ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian
23 Disember 2012

No comments:

Post a Comment